Selasa, 16 Disember 2008

Hadiah Birthday yang sukar untuk diterima

5 Oktober 2008


Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari lahir isteriku..tarikh ini tak pernah aku lupa untuk mengucapkannya..namun pada tahun ini segalanya berubah..

Tidak seperti setiap tahun, tarikh ini isteriku akan merenget2 minta hadiah..tapi pada tahun ini hanya air mata yang isteriku mampu lakukan..

Pada hari raya yang ke-4, 4 oktober 2008 aku dan isteriku berada dikampungku setelah pulang berhari raya dirumah keluarga isteriku..lebih kurang jam 530 ptg, isteriku menerima panggilan telefon daripada kakak iparku bahawa bapa mertuaku kemalangan jalan raya..apalagi bergegas kami pulang ke kampung..belum sempat meninggalkan perkarangan rumahku, sekali lagi isteriku menerima panggilan bahawa bapa mertuaku telah kembali ke Rahmatullah. Bapa mertuaku menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian lima minit selepas kejadian berlaku.. Aku mengerti perasaan isteriku..Sepanjang perjalanan suasana pilu..

Bapa mertuaku selamat disemadikan di kampung halaman isteriku pada tarikh hari lahir isteriku..

Semoga RohNya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

AMIN..

2 ulasan:

sueyaniemc berkata...

Takziah saya ucapkan kepada isteri anda Zila... Semoga beliau tabah hadapi dugaan ini... dan semoga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat, aminnn.....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

betul tu BN kena menang di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai kalau nak jadi kerajaan yang bermaruah. puak satu lagi tu mereka tak kisah asal menang saja… matlamat halalkan cara. macam pas haramkan islam umno tapi halalkan islam dap kerana lim guan eng suka khalifah umar abdul aziz. tak tau lah apa nak jadi dengan psikologi orang melayu ni…..dulu pun ramai melayu sokong komunis sebab dalam komunis ramai yang pro pas…..sekarang nama Allah pas setuju digunakan oleh org kristien dll….. itulah jatidiri pas tu…. jumpa di taiping yeeeeee